Wednesday, February 4, 2009

Perkongsian dari kejauhan...

Terimakasih kepada ED kerana menjemput saya sebagai salah seorang “contributor” di blog ini. Walaupun mungkin tidak banyak yang mungkin dapat saya sumbangkan, tetapi saya berharap blog ini akan kekal, lebih meriah dari masa ke semasa.

Kerana di zaman IT sekarang, inilah cara termudah untuk mendekatkan kita yang telah terpisah lebih 22 tahun. Masih ramai di kalangan anda semua yang saya tidak pernah kenal, tak sempat kenal, malah dah kenal muka tetapi tidak sempat beramah mesra.

Kita sebagai XPANGLIMA, walau di mana pun kita berada, siapa pun kita hari ini, tetap kawan. Jika hendak mengandaikan diri kita sebagai murid sekolah sekalipun, teruskan lah. Sekali sekala, apalah salah mengenang zaman sekolah yang menyeronokkan. Asal tidak lupa bumi yang kita pijak, kan?

Mungkin di blog ini juga kita boleh menulis atau komen tentang pengalaman2 kita masa di sekolah dulu. Pasti ramai yang menyimpan kenangan tersendiri sesama kita.

Saya harus akui, saya cuma beberapa bulan sahaja di SPBG dulu. Bukan kehendak saya harus berpindah belajar di SMAI ketika itu. Tetapi ramai yang tidak tahu, beberapa bulan awal perpindahan itu,hampir tiap Jumaat petang saya pasti pergi ke SPBG. Singgah di sana. Menunggu beberapa orang kawan rapat saya. SITI HAJAR CHE MAY, LATIPAH IDRIS dan ZAINI CHE MAT tahu ler hal saya dok rajin pi jumpa depa ni.


Sebab depa ni dok asrama masa tu (kecuali ZAINI), jadi bila petang Jumaat depa nak balik kampung, saya join la depa berjalan dari asrama pi stesen bas PB tu. Dulu stesen bas PB tu buruk jer.. Kami jalan kaki short cut ikut spital, lalu jalan keretapi... Sempat lepak minum ABC kat Benteng tepi sungai plak tuu...Wooo teringat la plakkk...

Ehhh ada sesapa lagi yang luahkan kenangan manisnya di sini? Silaaaaa.....

~ini sekadar permulaan, ada banyak lagi kenangan saya bersama warga XSPBG nih... nanti saya sambung lain kali...~

2 comments:

  1. Hi Zizah,
    Terima kasih atas sumbangan ini. Kenangan terindah buat ingatan kita terus hidup. Saya blogger yang tak rajin menulis. Harap kawan2 lain pun dapat sama terus mengaktifkan blog ini dengan sumber2 yang lain - apa saja. Saya memang mengharapkan terus begitu agar ia terus hidup dan segar.
    Terima Kasih.

    ReplyDelete
  2. Yup ED...

    Saya pun kdg2 tak sempat pun dah update blog.. tp bila ada sesuatu yg sesuai leh gak ler kongsi..

    Tapi harap2 kengkawan yg lain akan sama2 meriahkan blog kita ni..

    Banyak kenangan yang boleh dikongsi nanti niii..

    ReplyDelete