Tuesday, January 11, 2011

3 IDIOTS...!

Sebenarnya sudah 3 kali filem Hindi ini dimainkan di saluran khas sempena Tahun Baru Channel 110 Astro Fiest. Dak AMOI tengok kali pertama, sebab dia memang minat filem-filem Hindi selain Korea. Berbanding aku, dia kelihatan lebih minat dan jika berbanding IKA pula, IKA langsung tak layan filem Hindi.

Sharman Joshi, Aamir Khan and R. Madhavan Khan in “3 Idiots”

Kali ke 2, 3 Idiots diulangtayang, dia tengok lagi tapi aku tengok sekali lalu saja bersulam acara ke hulu hilir dalam rumah buat itu ini.


Dan akhirnya malam tadi, filem ini diulangtayang sekali lagi juga, dan aku berpeluang tengok (malam kurang ler skit kerja rumah). Dapat ler tengok dari mula hingga akhir.

Memang tak sia-sia Dak AMOI tengok 2 kali sebab citer ni memang best.



Copy Paste (text lain yang tidak berkaitan AA tidak masukkan):
3 Idiots that created history by becoming one of the most successful films in Hindi cinema walked away with 11 trophies at the International Indian Film Academy (IIFA 2010) awards here that concluded here with a flourish early Sunday, being declared the Best Film, while the Best Director award went to Rajkumar Hirani and the Best Actress award to Kareena Kapoor for the same movie, while Boman Irani received the Best Actor in A Negative Role honour for his brilliant portrayal of an eccentric professor in 3 Idiots.

Sharman Joshi, watak seorang anak, RAJU yang sangat ingin menjadi jurutera demi mengubah kehidupan keluarga terutama impian ayahnya yang sakit tenat.

Sharman Joshi, who played Aamir Khan’s friend in 3 Idiots, won the Best Supporting Actor award.

Pritam Chakraborty won the Best Music Director Award for composing lilting numbers for ‘Love Aaj Kal’ and Swanand Kirkire bagged the Best Lyrics Award for the super-hit movie 3 Idiots.

In the playback singing category, the Best Female Playback Singer award went to Kavita Seth for crooning ‘Ik tara’ in ‘Wake Up Sid’ and the Best Male Playback Singer Award went to Shaan for the hit number ‘Behti hawa sa thaa wo’ in 3 Idiots.

3 Idiots fame Omi Vadiya, who had people rolling in the aisles with his antics in the super-hit movie, received the Star Plus Debut of the Year (Male) award along with Jackie Bhagnani – the young actor who made his debut with the not-so-successful movie ‘Kal Kissne Dekha’.

Abhijat Joshi, Rajkumar Hirani and Vidhu Vinod Chopra received the Best Story Award for penning the interesting tale of 3 Idiots.

3 Idiots baggged the maximum technical awards. The film won the Best Sound Recording Award for Nihar Ranjan Samal and Sachin K. Sanghvi. The Best Sound Re-recording went to Anup Dev, the Best Song Recording Award went to Sachin K. Sanghvi, the Best Background Score Award went to Sanjay Wandrekar, Atul Raninga and Shantanu Moitra, while C.K. Muraleedharan received the Best Cinematography Award for 3 Idiots.
Source : dailymirror

Boman Irani sebagai Professor Viru Sahastrabudhhe yang sangat tegas dan garang tak bertempat, tetapi akhirnya tewas kepada anak muridnya sendiri, bila Rancho yang disangka bodoh akhirnya menjadi pelajar cemerlang dan time bergambor, duduk kat sebelah dia. Hikhikhik! ambikkk...

Masa tengok filem ini aku sendiri tidak tahu tentang kemenangan filem ini, tapi memang best sangat citer tuh. Lakunan Aamir Khan (watak sebagai Rancho [yang palsu] memang kelakar tetapi sinikal. Malah bila dia berani berhujah dengan profesor (pensyarah Engineering bernama Viru Sahastrabudhhe – tapi digelar Virus, watak ni pun kelakar tak hengat...!) sangat best dan mengujakan. Bergolek-golek kami ketawa.

Kareena jadi PIA, pelajar kedoktoran, anak Professor Virus tapi dia banyak bertentang pendapat dengan ayahnya sehingga akhirnya dia banyak membantu 3 Idiots dan jatuh chenta dengan Rancho.

Yang best, kisah 3 orang sahabat baik yang sanggup berkorban sesama mereka ini, membawa kepada kesedaran bahawa seseorang yang dilihat dungu bukanlah bodoh selamanya, dan yang cemerlang di bilik kuliah belum tentu menjanjikan kejayaan di atas kertas atau semasa berhujah di hadapan pentas.

Filem Hindi 3 Idiots ini rasanya hanya ada 2 lagu sahaja, ada tarian cuma 2 kali juga. Tidak meleret, sebaliknya pantas dan plot direct...! Best...!

Menonton filem yang best, penuh mesej walau kelakar tapi sinis sebenarnya mengingatkan kita bahawa dalam bidang akademik, berdepan dengan pakar sekalipun, keyakinan harus tinggi dan kecemerlangan bukan hanya dengan membaca buku pagi petang siang malam, tetapi nilai kemanusiaan dan pengorbanan memberikan kejayaan kehidupan juga.

More stories: azieazah-aa.blogspot.com


Monday, January 10, 2011

Bertudung Tapi Bogel...?

Menoleh sekitar 20 tahun yang lalu, perihal wanita mendedahkan rambut bukan suatu pemandangan luar biasa. Malahan pada ketika itu jarang kelihatan wanita menutup kepala, kecuali untuk majlis dan upacara tertentu.

Ketika itu wanita yang bertudung, kebanyakkannya adalah golongan tua, itu pun rambut yang ditutup tidak ‘rapus’. Pendek kata wanita yang bertudung, apatah lagi jika terdiri daripada golongan muda akan dianggap janggal.

Senario tersebut sudah berlalu dan keadaan sekarang sudah berubah. Sama ada di pejabat, apatah lagi di institusi pengajian, dan di majlis-majlis, rata-rata wanita Melayu akan memakai tudung. Mereka akan berasa janggal dan terasing jika tidak bertudung.

Di kedai, pusat membeli belah, di lapangan terbang dan di mana sahaja, kebanyakkan wanita Islam telah menutup kepala mereka.

Tidak kira tua, muda, anak dara atau janda, pekerja biasa, pegawai tinggi, suri rumah tangga, rata-rata sudah menutup kepala kerana masing-masing terasa tidak selesa untuk menayangkan rambut.

Zaman berlalu, masa berganti, dan sistem nilai pun sudah berubah. Dulu yang bertudung dianggap janggal, kini yang menayangkan rambut pula akan dianggap janggal, apatah lagi bila berada di majlis-majlis tertentu. (Tidak tahulah kalau masih ada yang tidak berasa janggal).

Bagi setengah pendapat, kecenderungan memakai tudung ada kaitan dengan kesedaran beragama. Rambut adalah sebahagian daripada aurat wanita. Ini bererti kepala wajib ditutup dan tidak didedahkan untuk tontonan umum.

Kalaulah kecenderungan itu disebabkan kesedaran beragama, syukur Alhamdulillah. Tetapi mungkin juga ada sebahagiannya disebabkan yang lain. Umpamanya takut terasa janggal, terikut-ikut dengan trend berpakaian, hanya sebagai fesyen dan sebagainya.

Cuba perhatikan, ada yang bertudung sehingga tidak nampak walau sehelai rambut, tetapi dalam waktu yang sama memakai kain belah, yang setiap kali melangkah akan menampakkan betis dan pangkal paha yang putih melepak. Ada pula yang bertudung lengkap tetapi mendedahkan sebelah atas dada, dan memakai skirt. Kalau boleh disamakan, ada lelaki yang bertopi haji tetapi memakai seluar pendek. Ini sesuatu yang agak ganjil, atas ditutup, bawah didedah.



Bagi setengah wanita, memakai tudung bukan kerana tuntutan agama. Mungkin ada yang cuma ingin mengambil hati, mungkin ia kerana suatu peraturan dan mungkin ada yang ikut-ikutan. Waktu ke pejabat semua memakai tudung, ke sekolah pun begitu juga, tetapi bila berjalan-jalan membeli belah tudung entah ke mana.


Pada hal Islam telah menggariskan pakaian yang wajib dipakai oleh setiap muslimah. sebagaimana yang ditetapkan oleh al-Qur’an dan hadis-hadis Nabi Sallallahu alaihi wasallam, iaitu:

i). Hendaklah menutup seluruh anggota badan, termasuk kepala, rambut, leher, lengan, melainkan muka dan dua tapak tangan sehingga dua pergelangan tangan.

ii). Pakaian itu tebal, tidak menampakkan warna kulit yang dapat dilihat dari celah-celah sulaman benang pakaian itu.

iii). Pakaian itu luas, tidak sempit, dan tidak ketat sehingga boleh menampakkan bentuk susuk badan.

iv). Pakaian itu tidak menyerupai atau seakan-akan pakaian lelaki

v). Pakaian itu tidak berbau harum atau wangi kerana ia boleh menarik perhatian orang.

Kewajipan menutup aurat itu berdasarkan kepada dalil al-Qur’an dan Hadis. Di antaranya firman Allah:

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi daripada perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah wahai orang-orang yang beriman supaya kamu berjaya.” (Surah Al-Ahzab : 59)

Oleh yang demikian, sebagai menyahut titah perintah Allah, isu bertudung khususnya menutup aurat janganlah ia dipandang sebagai perkara remeh. Ia adalah perkara wajib. Mentaati perkara wajib adalah perkara besar, walaupun ia dipandang remah oleh sebahagian manusia.

Sumber: selatanonline

Friday, April 23, 2010

Langkawi_02

LANGKAWI 19-21 April 2010




Dataran LANG. Tugu dengan kos 1.18 juta dirasmikan oleh Tun Dr M pada 23 Oktober 1996.

Langkawi: Beras Terbakar di Padang Matsirat ~ Kota Mahsuri


Beras Terbakar di Laman Rumah PAK KU HASSAN



Langkawi_01

Suatu perkongsian.

Langkawi 19-21 April 2010.

Oriental Village, Cable Car untuk menaiki jambatan gantung di Gunung Mat Cincang.







Di ketinggian 710m above sea level.


Sesuatu yang indah lagi hijau menawan di sekitar Kilim Geoforest Park, Langkawi.


Bentuk batu kapur yang terbentuk sungguh unik, seperti muncung buaya.



Gua Kelawar. Banyak beruk nakal di sini.

Sapa biasa makan teloq belangkas?

Pari yang jinak dapat dibelai.

Helang di habitatnya.

Thursday, February 25, 2010

SUNGAI DALAM LAUT - Subhanallah

"Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan) ; yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi." (Q.S Al Furqan:53)


Jika Anda termasuk orang yang gemar menonton rancangan TV `Discovery' pasti kenal Mr.Jacques Yves Costeau, ia seorang ahli oceanografer dan ahli selam terkemuka dari Perancis. Orang tua yang berambut putih ini sepanjang hidupnya menyelam ke perbagai dasar samudera di seantero dunia dan membuat filem dokumentari tentang keindahan alam dasar laut untuk ditonton di seluruh dunia. Pada suatu hari ketika sedang melakukan eksplorasi di bawah laut, tiba-tiba ia menemui beberapa kumpulan mata air tawar-segar yang sangat sedap rasanya kerana tidak bercampur/tidak melebur dengan air laut yang masin di sekelilingnya, seolah-olah ada dinding atau membran yang membatasi keduanya.

Fenomena ganjil itu memeningkan Mr. Costeau dan mendorongnya untuk mencari penyebab terpisahnya air tawar dari air masin di tengah-tengah lautan. Ia mulai berfikir, jangan-jangan itu hanya halusinansi atau khalayan sewaktu menyelam.. Waktu pun terus berlalu setelah kejadian tersebut, namun ia tak kunjung mendapatkan jawapan yang memuaskan tentang fenomena ganjil tersebut.
Sampai pada suatu hari ia bertemu dengan seorang profesor muslim, kemudian ia pun menceritakan fenomena ganjil itu. Profesor itu teringat pada ayat Al Quran tentang bertemunya dua lautan (surat Ar-Rahman ayat 19-20) yang sering diidentikkan dengan Terusan Suez. Ayat itu berbunyi "Marajal bahraini yaltaqiyaan, bainahumaa barzakhun laa yabghiyaan.. . "Artinya: "Dia biarkan dua lautan bertemu, di antara keduanya ada batas yang tidak boleh ditembus." Kemudian dibacakan surat Al Furqan ayat 53 di atas.

Selain itu, dalam beberapa kitab tafsir, ayat tentang bertemunya dua lautan tapi tak bercampur airnya diertikan sebagai lokasi muara sungai, di mana terjadi pertemuan antara air tawar dari sungai dan air masin dari laut. Namun tafsir itu tidak menjelaskan ayat berikutnya dari surat Ar-Rahman ayat 22 yang berbunyi "Yakhruju minhuma lu'lu`u wal marjaan" ertinya "Keluar dari keduanya mutiara dan marjan." Padahal di muara sungai tidak ditemukan mutiara. Terpesonalah Mr. Costeau mendengar ayat-ayat Al Qur'an itu, melebihi kekagumannya melihat keajaiban pemandangan yang pernah dilihatnya di lautan yang dalam.. Al Qur'an ini mustahil disusun oleh Muhammad yang hidup di abad ke tujuh, suatu zaman saat belum ada peralatan selam yang canggih untuk mencapai lokasi yang jauh terpencil di kedalaman samudera. Benar-benar suatu mukjizat, berita tentang fenomena ganjil 14 abad yang silam akhirnya terbukti pada abad 20. Mr. Costeau pun berkata bahawa Al Qur'an memang sesungguhnya kitab suci yang berisi firman Allah, yang seluruh kandungannya mutlak benar. Dengan seketika dia pun memeluk Islam. Allahu Akbar...! Mr. Costeau mendapat hidayah melalui fenomena teknologi kelautan. Maha Benar Allah yang Maha Agung. Shadaqallahu Al `Azhim.

Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air." Bila seorang bertanya, "Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?" Rasulullah s.a.w. bersabda, "Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran." Jika anda seorang penyelam, maka anda harus mengunjungi Cenote Angelita, Mexico. Disana ada sebuah gua. Jika anda menyelam sampai kedalaman 30 meter, airnya air segar (tawar), namun jika anda menyelam sampai kedalaman lebih dari 60 meter, airnya menjadi air asin, lalu anda dapat melihat sebuah "sungai" di dasarnya, lengkap dengan pohon dan daun daunan.

Tuesday, November 10, 2009

Mufti Rusia komen ayat pada kulit bayi



MOSCOW - Majlis Mufti Rusia kelmarin sebulat suara menyatakan bahawa ayat suci al-Quran yang muncul dua kali seminggu pada kulit Ali Yakubov iaitu seorang bayi lelaki berusia sembilan bulan di wilayah Dagestan, selatan Rusia merupakan amaran tuhan kepada semua penduduk Islam di Rusia dan Dagestan.
Menurut kenyataan majlis itu, mengikuti perintah Allah dan meninggalkan segala persengketaan, mewujudkan keamanan sesama umat Islam dan dengan jiran, membersihkan diri daripada dosa dan mula mengamalkan prinsip kejiranan selain bermaaf-maafan menyebabkan penduduk Islam di negara tersebut akan mendapat keampunan Allah.
Menurut beberapa laporan, ibu bapa Ali yang tinggal di bandar Kizlyar di wilayah Dagestandan kalangan imam tempatan mendakwa ayat suci al-Quran itu muncul pada hari Isnin dan Jumaat sebelum hilang dan digantikan dengan ayat baru.
Salah satu ayat itu bermaksud: "Allah ialah Pencipta segala yang ada.".
Apabila ayat suci seterusnya muncul, Ali tidak dapat tidur sepanjang malam dan mengalami demam dengan kepanasan badannya tidak dapat dikurangkan walaupun dengan menggunakan ubat-ubatan kuat.
Semasa dia dilahirkan, Ali didapati menghidap penyakit jantung dan berkaitan dengan otak tetapi dia sembuh sepenuhnya selepas ayat al-Quran mula muncul pada tubuhnya. - Agensi

Ayat al-Quran pada kulit bayi






MOSCOW - Pakar-pakar perubatan di Rusia bingung berikutan penemuan ayat-ayat suci al-Quran dan Arab pada kulit seorang bayi berusia sembilan bulan di Dagestan, Rusia, lapor sebuah akhbar semalam.
Ayat-ayat itu muncul pada belakang, tangan, kaki dan perut Ali Yakubov pada setiap malam Isnin dan Jumaat sebelum hilang tetapi diganti dengan beberapa ayat al-Quran baru dua kali seminggu.
Pakar-pakar perubatan Rusia menyatakan, mereka tidak tahu bagaimana fenomena itu boleh berlaku selepas perkataan Allah mula muncul pada dagu bayi tersebut ketika dia berusia beberapa minggu.
Namun, ketika mengulas mengenainya, pakar-pakar perubatan dan keluarga bayi itu mengaku bahawa ayat-ayat suci itu menjelma sendiri pada badan Ali dan bukan ditulis oleh manusia.
"Ali akan berasa kurang sihat manakala suhu badannya meningkat kepada 40 darjah Celsius setiap kali ia berlaku menyebabkan dia menangis," kata ibunya Madina Yagubova.
Kini, tempat Ali dilahirkan iaitu di Kampung Red Oktober, Dagestanmenjadi tumpuan orang ramai yang mahu melihat keanehan itu.
Paparan mengenai kejadian aneh di Dagestan , wilayah selatan Rusia yang menjadi sasaran pertempuran antara tentera Rusia dengan pejuang-pejuang Islam itu turut dipaparkan di laman perkongsian video YouTube.
"Ali merupakan tanda kebesaran Tuhan. Kelahirannya di Dagestan bagi menyedarkan penduduknya supaya bersatu," kata seorang ahli parlimen di wilayah itu, Akhmedpasha Amiralaev. - Agensi

Wednesday, February 11, 2009

Tuesday, February 10, 2009

Karangan 'Terbaik' UPSR 2007

Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip.
Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu. Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya.
Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang.
Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit “Adoi!”. Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua.
Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di GentingHighlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu.
Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit “Adoi..!” dan jatuh ke bumi. Emak say menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris. Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati.
Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.
Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.

I'M Sorry......
Thanks and Regards

Wednesday, February 4, 2009

Perkongsian dari kejauhan...

Terimakasih kepada ED kerana menjemput saya sebagai salah seorang “contributor” di blog ini. Walaupun mungkin tidak banyak yang mungkin dapat saya sumbangkan, tetapi saya berharap blog ini akan kekal, lebih meriah dari masa ke semasa.

Kerana di zaman IT sekarang, inilah cara termudah untuk mendekatkan kita yang telah terpisah lebih 22 tahun. Masih ramai di kalangan anda semua yang saya tidak pernah kenal, tak sempat kenal, malah dah kenal muka tetapi tidak sempat beramah mesra.

Kita sebagai XPANGLIMA, walau di mana pun kita berada, siapa pun kita hari ini, tetap kawan. Jika hendak mengandaikan diri kita sebagai murid sekolah sekalipun, teruskan lah. Sekali sekala, apalah salah mengenang zaman sekolah yang menyeronokkan. Asal tidak lupa bumi yang kita pijak, kan?

Mungkin di blog ini juga kita boleh menulis atau komen tentang pengalaman2 kita masa di sekolah dulu. Pasti ramai yang menyimpan kenangan tersendiri sesama kita.

Saya harus akui, saya cuma beberapa bulan sahaja di SPBG dulu. Bukan kehendak saya harus berpindah belajar di SMAI ketika itu. Tetapi ramai yang tidak tahu, beberapa bulan awal perpindahan itu,hampir tiap Jumaat petang saya pasti pergi ke SPBG. Singgah di sana. Menunggu beberapa orang kawan rapat saya. SITI HAJAR CHE MAY, LATIPAH IDRIS dan ZAINI CHE MAT tahu ler hal saya dok rajin pi jumpa depa ni.


Sebab depa ni dok asrama masa tu (kecuali ZAINI), jadi bila petang Jumaat depa nak balik kampung, saya join la depa berjalan dari asrama pi stesen bas PB tu. Dulu stesen bas PB tu buruk jer.. Kami jalan kaki short cut ikut spital, lalu jalan keretapi... Sempat lepak minum ABC kat Benteng tepi sungai plak tuu...Wooo teringat la plakkk...

Ehhh ada sesapa lagi yang luahkan kenangan manisnya di sini? Silaaaaa.....

~ini sekadar permulaan, ada banyak lagi kenangan saya bersama warga XSPBG nih... nanti saya sambung lain kali...~