Wednesday, February 11, 2009

Tuesday, February 10, 2009

Karangan 'Terbaik' UPSR 2007

Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip.
Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu. Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya.
Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang.
Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit “Adoi!”. Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua.
Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di GentingHighlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu.
Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit “Adoi..!” dan jatuh ke bumi. Emak say menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris. Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati.
Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.
Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.

I'M Sorry......
Thanks and Regards

Wednesday, February 4, 2009

Perkongsian dari kejauhan...

Terimakasih kepada ED kerana menjemput saya sebagai salah seorang “contributor” di blog ini. Walaupun mungkin tidak banyak yang mungkin dapat saya sumbangkan, tetapi saya berharap blog ini akan kekal, lebih meriah dari masa ke semasa.

Kerana di zaman IT sekarang, inilah cara termudah untuk mendekatkan kita yang telah terpisah lebih 22 tahun. Masih ramai di kalangan anda semua yang saya tidak pernah kenal, tak sempat kenal, malah dah kenal muka tetapi tidak sempat beramah mesra.

Kita sebagai XPANGLIMA, walau di mana pun kita berada, siapa pun kita hari ini, tetap kawan. Jika hendak mengandaikan diri kita sebagai murid sekolah sekalipun, teruskan lah. Sekali sekala, apalah salah mengenang zaman sekolah yang menyeronokkan. Asal tidak lupa bumi yang kita pijak, kan?

Mungkin di blog ini juga kita boleh menulis atau komen tentang pengalaman2 kita masa di sekolah dulu. Pasti ramai yang menyimpan kenangan tersendiri sesama kita.

Saya harus akui, saya cuma beberapa bulan sahaja di SPBG dulu. Bukan kehendak saya harus berpindah belajar di SMAI ketika itu. Tetapi ramai yang tidak tahu, beberapa bulan awal perpindahan itu,hampir tiap Jumaat petang saya pasti pergi ke SPBG. Singgah di sana. Menunggu beberapa orang kawan rapat saya. SITI HAJAR CHE MAY, LATIPAH IDRIS dan ZAINI CHE MAT tahu ler hal saya dok rajin pi jumpa depa ni.


Sebab depa ni dok asrama masa tu (kecuali ZAINI), jadi bila petang Jumaat depa nak balik kampung, saya join la depa berjalan dari asrama pi stesen bas PB tu. Dulu stesen bas PB tu buruk jer.. Kami jalan kaki short cut ikut spital, lalu jalan keretapi... Sempat lepak minum ABC kat Benteng tepi sungai plak tuu...Wooo teringat la plakkk...

Ehhh ada sesapa lagi yang luahkan kenangan manisnya di sini? Silaaaaa.....

~ini sekadar permulaan, ada banyak lagi kenangan saya bersama warga XSPBG nih... nanti saya sambung lain kali...~