Tahniah lah Naimah yang menunjukkan minat untuk menyumbang gambar dan pendapat terhadap blog ini. Caya laa... surirumah ada minat terhadap penggunaan IT dan semangat nak berkongsi cerita. Tahniah & terima kasih Naimah kerana telah menyumbangkan banyak gambar2 lama di dalam Shared Album.
Cara2 untuk menyumbang Post (pendapat & cadangan dll) dan photo adalah seperti di bawah.
1) Cara menyumbang Post.
Anda perlu mempunyai gmail account (gmail address). Sekiranya ada, hantarkan email anda itu kepada edhassan67@gmail.com atau sms kan kepada saya. Selepas diterima, email ini akan didaftarkan sebagai seorang author dan email jemputan akan dihantar bagi membolehkan anda memasukkan sendiri pendapat anda dll.
2) Cara menyumbangkan photos
Gunakan gmail anda untuk emailkan photo kepada matakher.panglima@picasaweb.com. Kemudian taipkan nama album yang dikehendaki di ruangan subject seperti contoh dibawah:
a) Shared Album maka otomatic photo anda akan masuk ke dalam Shared Album dalam blog ini.
b) Lawatan USM 1986 maka photo anda akan pergi ke Album 'Lawatan USM 1986' dan begitulah seterusnya
c) Re-Union Form 6 Rendah & Atas 1985-1986
d) Imbau Kenangan SPBG
Maka semua photo didalam blog ini akan lebih tersusun. Pastikan anda menaip subject dengan betul. Selamat mencuba. ):
Thursday, December 4, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment