Tuesday, January 11, 2011

3 IDIOTS...!

Sebenarnya sudah 3 kali filem Hindi ini dimainkan di saluran khas sempena Tahun Baru Channel 110 Astro Fiest. Dak AMOI tengok kali pertama, sebab dia memang minat filem-filem Hindi selain Korea. Berbanding aku, dia kelihatan lebih minat dan jika berbanding IKA pula, IKA langsung tak layan filem Hindi.

Sharman Joshi, Aamir Khan and R. Madhavan Khan in “3 Idiots”

Kali ke 2, 3 Idiots diulangtayang, dia tengok lagi tapi aku tengok sekali lalu saja bersulam acara ke hulu hilir dalam rumah buat itu ini.


Dan akhirnya malam tadi, filem ini diulangtayang sekali lagi juga, dan aku berpeluang tengok (malam kurang ler skit kerja rumah). Dapat ler tengok dari mula hingga akhir.

Memang tak sia-sia Dak AMOI tengok 2 kali sebab citer ni memang best.



Copy Paste (text lain yang tidak berkaitan AA tidak masukkan):
3 Idiots that created history by becoming one of the most successful films in Hindi cinema walked away with 11 trophies at the International Indian Film Academy (IIFA 2010) awards here that concluded here with a flourish early Sunday, being declared the Best Film, while the Best Director award went to Rajkumar Hirani and the Best Actress award to Kareena Kapoor for the same movie, while Boman Irani received the Best Actor in A Negative Role honour for his brilliant portrayal of an eccentric professor in 3 Idiots.

Sharman Joshi, watak seorang anak, RAJU yang sangat ingin menjadi jurutera demi mengubah kehidupan keluarga terutama impian ayahnya yang sakit tenat.

Sharman Joshi, who played Aamir Khan’s friend in 3 Idiots, won the Best Supporting Actor award.

Pritam Chakraborty won the Best Music Director Award for composing lilting numbers for ‘Love Aaj Kal’ and Swanand Kirkire bagged the Best Lyrics Award for the super-hit movie 3 Idiots.

In the playback singing category, the Best Female Playback Singer award went to Kavita Seth for crooning ‘Ik tara’ in ‘Wake Up Sid’ and the Best Male Playback Singer Award went to Shaan for the hit number ‘Behti hawa sa thaa wo’ in 3 Idiots.

3 Idiots fame Omi Vadiya, who had people rolling in the aisles with his antics in the super-hit movie, received the Star Plus Debut of the Year (Male) award along with Jackie Bhagnani – the young actor who made his debut with the not-so-successful movie ‘Kal Kissne Dekha’.

Abhijat Joshi, Rajkumar Hirani and Vidhu Vinod Chopra received the Best Story Award for penning the interesting tale of 3 Idiots.

3 Idiots baggged the maximum technical awards. The film won the Best Sound Recording Award for Nihar Ranjan Samal and Sachin K. Sanghvi. The Best Sound Re-recording went to Anup Dev, the Best Song Recording Award went to Sachin K. Sanghvi, the Best Background Score Award went to Sanjay Wandrekar, Atul Raninga and Shantanu Moitra, while C.K. Muraleedharan received the Best Cinematography Award for 3 Idiots.
Source : dailymirror

Boman Irani sebagai Professor Viru Sahastrabudhhe yang sangat tegas dan garang tak bertempat, tetapi akhirnya tewas kepada anak muridnya sendiri, bila Rancho yang disangka bodoh akhirnya menjadi pelajar cemerlang dan time bergambor, duduk kat sebelah dia. Hikhikhik! ambikkk...

Masa tengok filem ini aku sendiri tidak tahu tentang kemenangan filem ini, tapi memang best sangat citer tuh. Lakunan Aamir Khan (watak sebagai Rancho [yang palsu] memang kelakar tetapi sinikal. Malah bila dia berani berhujah dengan profesor (pensyarah Engineering bernama Viru Sahastrabudhhe – tapi digelar Virus, watak ni pun kelakar tak hengat...!) sangat best dan mengujakan. Bergolek-golek kami ketawa.

Kareena jadi PIA, pelajar kedoktoran, anak Professor Virus tapi dia banyak bertentang pendapat dengan ayahnya sehingga akhirnya dia banyak membantu 3 Idiots dan jatuh chenta dengan Rancho.

Yang best, kisah 3 orang sahabat baik yang sanggup berkorban sesama mereka ini, membawa kepada kesedaran bahawa seseorang yang dilihat dungu bukanlah bodoh selamanya, dan yang cemerlang di bilik kuliah belum tentu menjanjikan kejayaan di atas kertas atau semasa berhujah di hadapan pentas.

Filem Hindi 3 Idiots ini rasanya hanya ada 2 lagu sahaja, ada tarian cuma 2 kali juga. Tidak meleret, sebaliknya pantas dan plot direct...! Best...!

Menonton filem yang best, penuh mesej walau kelakar tapi sinis sebenarnya mengingatkan kita bahawa dalam bidang akademik, berdepan dengan pakar sekalipun, keyakinan harus tinggi dan kecemerlangan bukan hanya dengan membaca buku pagi petang siang malam, tetapi nilai kemanusiaan dan pengorbanan memberikan kejayaan kehidupan juga.

More stories: azieazah-aa.blogspot.com


Monday, January 10, 2011

Bertudung Tapi Bogel...?

Menoleh sekitar 20 tahun yang lalu, perihal wanita mendedahkan rambut bukan suatu pemandangan luar biasa. Malahan pada ketika itu jarang kelihatan wanita menutup kepala, kecuali untuk majlis dan upacara tertentu.

Ketika itu wanita yang bertudung, kebanyakkannya adalah golongan tua, itu pun rambut yang ditutup tidak ‘rapus’. Pendek kata wanita yang bertudung, apatah lagi jika terdiri daripada golongan muda akan dianggap janggal.

Senario tersebut sudah berlalu dan keadaan sekarang sudah berubah. Sama ada di pejabat, apatah lagi di institusi pengajian, dan di majlis-majlis, rata-rata wanita Melayu akan memakai tudung. Mereka akan berasa janggal dan terasing jika tidak bertudung.

Di kedai, pusat membeli belah, di lapangan terbang dan di mana sahaja, kebanyakkan wanita Islam telah menutup kepala mereka.

Tidak kira tua, muda, anak dara atau janda, pekerja biasa, pegawai tinggi, suri rumah tangga, rata-rata sudah menutup kepala kerana masing-masing terasa tidak selesa untuk menayangkan rambut.

Zaman berlalu, masa berganti, dan sistem nilai pun sudah berubah. Dulu yang bertudung dianggap janggal, kini yang menayangkan rambut pula akan dianggap janggal, apatah lagi bila berada di majlis-majlis tertentu. (Tidak tahulah kalau masih ada yang tidak berasa janggal).

Bagi setengah pendapat, kecenderungan memakai tudung ada kaitan dengan kesedaran beragama. Rambut adalah sebahagian daripada aurat wanita. Ini bererti kepala wajib ditutup dan tidak didedahkan untuk tontonan umum.

Kalaulah kecenderungan itu disebabkan kesedaran beragama, syukur Alhamdulillah. Tetapi mungkin juga ada sebahagiannya disebabkan yang lain. Umpamanya takut terasa janggal, terikut-ikut dengan trend berpakaian, hanya sebagai fesyen dan sebagainya.

Cuba perhatikan, ada yang bertudung sehingga tidak nampak walau sehelai rambut, tetapi dalam waktu yang sama memakai kain belah, yang setiap kali melangkah akan menampakkan betis dan pangkal paha yang putih melepak. Ada pula yang bertudung lengkap tetapi mendedahkan sebelah atas dada, dan memakai skirt. Kalau boleh disamakan, ada lelaki yang bertopi haji tetapi memakai seluar pendek. Ini sesuatu yang agak ganjil, atas ditutup, bawah didedah.



Bagi setengah wanita, memakai tudung bukan kerana tuntutan agama. Mungkin ada yang cuma ingin mengambil hati, mungkin ia kerana suatu peraturan dan mungkin ada yang ikut-ikutan. Waktu ke pejabat semua memakai tudung, ke sekolah pun begitu juga, tetapi bila berjalan-jalan membeli belah tudung entah ke mana.


Pada hal Islam telah menggariskan pakaian yang wajib dipakai oleh setiap muslimah. sebagaimana yang ditetapkan oleh al-Qur’an dan hadis-hadis Nabi Sallallahu alaihi wasallam, iaitu:

i). Hendaklah menutup seluruh anggota badan, termasuk kepala, rambut, leher, lengan, melainkan muka dan dua tapak tangan sehingga dua pergelangan tangan.

ii). Pakaian itu tebal, tidak menampakkan warna kulit yang dapat dilihat dari celah-celah sulaman benang pakaian itu.

iii). Pakaian itu luas, tidak sempit, dan tidak ketat sehingga boleh menampakkan bentuk susuk badan.

iv). Pakaian itu tidak menyerupai atau seakan-akan pakaian lelaki

v). Pakaian itu tidak berbau harum atau wangi kerana ia boleh menarik perhatian orang.

Kewajipan menutup aurat itu berdasarkan kepada dalil al-Qur’an dan Hadis. Di antaranya firman Allah:

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi daripada perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah wahai orang-orang yang beriman supaya kamu berjaya.” (Surah Al-Ahzab : 59)

Oleh yang demikian, sebagai menyahut titah perintah Allah, isu bertudung khususnya menutup aurat janganlah ia dipandang sebagai perkara remeh. Ia adalah perkara wajib. Mentaati perkara wajib adalah perkara besar, walaupun ia dipandang remah oleh sebahagian manusia.

Sumber: selatanonline